Meow Meow

Khamis, 26 Februari 2015

"Generasi Pertama"

            Sedikit coretan malam hari, nak kenalkan generasi pertama Nina dan Jerry...sibulu-sibulu nie selamat membesar sehingga kini dan bermacam-macam kerenah dah mereka buat kat rumah nie.....mereka tak lain tak bukan adalah Betto, Smokey dan Bella....

Betto

"Ini kawasan saya"


Smokey

"control macho"


Bella

"Kekenyangan"


"Kehilangan yang terasa"

           Hari ini masuk usia 5 bulan sibulu yang tidak sempat kami namakan....:(  telah sebulan berlalu..... kematiannya. Sibulu adalah anak kepada Nina dan Jerry "Generasi Kedua Nina dan Jerry" ini telah diserahkan kepada seorang peminat kucing semasa berumur 4 bln, namun dah sampai masanya hanya bertahan 4 hari dirumah tuan yang baru...sedihhh...dimaklumkan sibulu telah dihantar ke sebuah klinik haiwan di kuantan dan diberikan suntikan, dimaklumkan doc.... sibulu terkena virus.....setelah kembali ke rumah sibulu telah tiada lagi........

           Bukan sibulu ini sahaja telah tiada...tetapi sebelum itu juga, kami dah serah kan seekor kitten juga dan menerima nasib yang sama seperti sibulu seminggu sebelum itu. Doc kata kena virus ....dan diberi suntikan dgn kena charge rm 400 ke 600 tak silap kami dimaklumkan oleh tuan yang baru.....pastu balik rumah..... kitten tue dah mati...sedih....


Sibulu Yang Tak Sempat Diberi nama (ayah dan ibu masih bersedih)

# Dimaklumkan pemilik baru menamakannya "Puteri"


Maaf Untuk Pelawat "Kucingdisanasini"

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

          Menyusun sepuluh jari kepada follower dan pelawat Kucingdisanasini kerana sudah lama tidak meng....updated kan Blog ini kerana sibuk dengan tugasan2 yang semakin banyak....Maybe lepas nie ada sedikit catitan utk blog yg simple ini......

Selasa, 24 Jun 2014

"Smokey aka Omizu" dia buat lagi.....

Ingatkan dah berakhir masalah tersebut......kalau dah kata sibulu nie suka air, tak boleh buat apa la....ada ruang jer sibulu cuba masuk dalam air.....

Dapat masuk 2 kaki dalam air jadi la.....
# Tengah fikir nak pakai Plan apa lak lepas nieeee....huhuhuhuhu

Jalan penyelesaian harap berjaya





Akhirnya terpaksa guna penutup bekas aiskrim tu semula, potong segiempat muat2 untuk sibulu minum...dan tutup supaya "Smokey aka Omizu" tak masuk dan tidur dalam air tuee..

Smokey aka Omizu

Balik kerja jerrr tengok bekas minum sibulu kosong, kadang2 kotor...apa dah jadi nie ? bukan sekali dua, tiap2 hari..makin lama makin pelik nak tak nak kena tambah air dan tukar bekas minuman yang kotor..

Jangan harap bole minum, saya nak berendam

Dapat masuk kaki pon jadi la

                                                                          
"Smokey aka Omizu"

"Omizu" ?.......adalah dari perkataan Jepun bermaksud (air), disebabkan Smokey suka tidur didalam bekas yang berisi air. Nama tu diberi sebagai gelaran dia......kalau tak ada air kirim salam kalau dia nak tidur...

Jumaat, 16 Mei 2014

Keluarga Baru Kami 2014

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Dah lama tak post citer kat sini.....al maklum sibuk dengan tugas masing2....kali nie nak kenalkan keluarga baru kami Smokey, Betto dan Bella...... mereka nie anak-anak kepada Jerry aka Whitesocks dan Nina aka Nightwalker mereka dilahirkan pada 8 Mac 14 pada jam 1 pagi....... 

Susah nak bergambar tiga beradik nieee

# nanti kalau dah pandai berposing baru snap lagi pic mereka....